

Kami akan bongkarkan blueprint sebenar supaya bisnes anda tetap berada di fasa survive, sustain dan grow walaupun ketika krisis ekonomi.
Tanpa krisis pun ramai bisnes dah bergelut. Masuk fasa krisis, tekanan jadi berganda.
Kos naik. Demand makin sensitif. Customer makin memilih.
Adakah krisis ini sekadar cabaran? Atau sebenarnya peluang untuk naik lebih jauh daripada pesaing?
Realitinya, bukan semua bisnes akan jatuh. Ada yang akan kekal. Ada juga yang akan dominate market ketika orang lain sedang panik.
Bezanya satu je: STRATEGI.
*khas untuk pemilik bisnes
Daripada segi ekonomi, krisis ini akan hentam dua benda ini dulu:
Akhirnya, keuntungan SME mula terjejas.

Lebih berhati-hati berbelanja. Fokus pada keperluan. Kurang pembelian, dan permintaan pasaran menurun.
Bukan customer tak ada duit. Customer jadi lebih memilih.

Shipping delay. Kos kontainer naik. Bahan mentah lambat sampai, dan kuantiti makin sedikit.
Bila supplier terganggu, owner pula yang kena fikir macam mana nak bertahan.

Kos import meningkat. Pelabur lebih berhati-hati. Peluang pekerjaan berkurang. Inflasi meningkat.
Tekanan ini akan masuk semula ke dalam poket bisnes.

Setiap kali market mencabar, akan ada dua jenis owner.
Jenis pertama, mula panik. Jenis kedua, mula susun strategi.
Di Hasbul Brothers, kami telah melihat sendiri bagaimana anak didik kami yang betulkan strategi akhirnya berjaya:
Krisis tak semestinya menjatuhkan. Kadang-kadang krisis cuma memaksa owner jadi lebih tajam ‘HIDU’ peluang.










Seminar ini untuk owner yang:
Dah mula rasa margin makin ketat & terkesan terus dengan krisis ini.
Sales ada, tapi duit tak nampak.
Customer makin susah convert.
Team makin slow & tak berminat nak 'memberi'.
Marketing berjalan seperti biasa, tapi hasil tak seperti diharapkan.
Nak betulkan bisnes sebelum krisis jadi lebih berat.

Jika anda dah start rasa market sekarang makin mencabar, ini bukan masa untuk tengok sahaja.
Ini masa untuk audit, betulkan dan susun semula strategi.
Datang dan belajar bagaimana nak tajamkan marketing, kemaskan people, disiplinkan finance, jaga cashflow, dan bina bisnes yang lebih bersedia menghadapi krisis.

*khas untuk pemilik bisnes
Krisis bukan masa untuk bergerak tanpa direction. Krisis perlukan owner yang jelas apa perlu dibuat pada marketing, sales, pricing, team, cashflow dan strategi.
Sebab itu dalam 9X Growth: Survive, Sustain & Grow, kami tak datang dengan sembang motivasi.
Kami datang dengan 9 modul penting untuk bantu owner susun semula bisnes supaya tak sekadar bertahan, tetapi bersedia untuk mengambil peluang ketika market sedang berubah.

"Orang beli bukan sebab produk, tapi sebab tawaran."
Dalam krisis, customer bukan tak membeli. Mereka masih membeli, tetapi mereka jadi lebih selektif.
Mereka akan tanya dalam kepala:
“Kenapa aku kena beli sekarang, bukan nanti?”
Kalau offer anda gagal jawab soalan ini, customer akan tangguh. Bila customer tangguh, sales jadi perlahan. Bila sales perlahan, cashflow mula sesak.
Dalam modul ini, anda akan belajar bagaimana membina offer yang membuatkan orang rasa rugi kalau tak ambil sekarang.
Bila offer betul:
• Sales masuk lebih laju
• Closing jadi lebih mudah
• Marketing jadi lebih ringan
• Cashflow jadi lebih kemas

"Bukan semua harga masuk akal walau kos betul."
Dalam krisis, salah letak harga boleh membunuh demand. Terlalu mahal, orang lari. Terlalu murah, margin hancur.
Ramai owner silap di sini. Kos naik, terus naikkan harga tanpa faham willingness to pay market.
Hakikatnya, bukan semua produk perlu untung besar. Semua produk perlu ada peranan strategik.
Dalam modul ini, kami akan bongkar bagaimana nak susun produk dengan peranan yang betul seperti:
• Loss Leader
• Traffic Product
• Core Product
• Cash Cow
• Premium Product
Supaya anda tak main harga secara membuta tuli, tetapi tahu bagaimana nak buat market masuk, beli dan kekal membeli.

"Masalah bukan tak laku, tapi salah jual kepada orang lain."
Dalam krisis, owner tak boleh lagi buang masa menjual kepada orang yang salah.
Ramai bisnes struggle bukan sebab produk tak bagus. Tetapi sebab mereka jual kepada market yang salah, dengan ayat yang salah, pada masa yang salah.
Bila funnel bocor, marketing jadi mahal. Duit keluar, sales tak nampak.
Dalam modul ini, anda akan faham bagaimana membina winning funnel yang bantu lajukan sales, kemaskan conversion dan kuatkan cash reserve.
Sebab fungsi funnel adalah strategi.

"Iklan bukan penyelamat, dia hanya amplifier."
Dalam krisis, ramai owner panik lalu tambah iklan. Tetapi bila asas tak betul, tambah bajet hanya mempercepatkan kerugian.
Iklan tak boleh selamatkan offer yang lemah.
Iklan tak boleh tutup masalah funnel bocor.
Iklan tak boleh baiki ayat yang tak kena.
Dalam modul ini, kami akan bantu anda faham bagaimana iklan sepatutnya digunakan untuk:
• Besarkan apa yang sudah menjadi.
• Baca data dengan betul.
• Elak spend besar tanpa pulangan.
• Tingkatkan ROI dengan strategi yang lebih tepat.
Supaya ads bukan sekadar jalan, tetapi betul-betul menjual.

"View tinggi tak bayar gaji dan bukan tarik sales, ya."
Dalam market sekarang, konten bukan sekadar untuk nampak aktif. Konten ialah cara anda membina persepsi, trust dan positioning.
Ramai owner silap bila terlalu seronok dengan views, tapi sales tetap kosong. Masalahnya di sini adalah konten itu tarik orang yang salah.
Dalam modul ini, anda akan belajar bagaimana hasilkan konten yang:
• Menarik market yang betul.
• Menapis audience yang salah.
• Naikkan positioning brand.
• Bantu bawa sales yang lebih berkualiti.
Kerana dalam 2026, produk boleh sama. Tetapi cara produk itu dipersembahkan akan menentukan siapa yang menang market.

"Dulu iklan boleh selamatkan bisnes, sekarang tak lagi."
Hari ini, customer experience ialah antara marketing paling murah dan paling mahal pada masa sama.
Murah kalau anda jaga betul-betul. Mahal kalau anda abaikan.
Bila experience customer kemas, repeat akan datang. Referral akan datang. Brand akan lebih diingati.
Dalam krisis, bisnes yang ada loyal customer akan lebih kuat bertahan berbanding bisnes yang setiap bulan bergantung pada customer baru semata-mata.
Dalam modul ini, anda akan faham bagaimana nak bina pengalaman pelanggan yang membuatkan mereka bukan sekadar membeli, tetapi kembali membeli.

"Berhenti berangan, mula mengira."
Ramai owner ada target sales besar.
Nak RM50,000.
Nak RM100,000.
Nak RM300,000 sebulan.
Tetapi tak ramai faham nombor yang menggerakkan angka itu.
Dalam krisis, owner yang tak faham nombor akan buat keputusan ikut emosi. Dan keputusan ikut emosi selalunya mahal.
Dalam modul ini, kami akan bantu anda faham nombor penting seperti:
• Average spending
• Leads
• Prospect
• Conversion
• Margin
• Sales target formula
Supaya anda tak lagi mengurus bisnes berdasarkan rasa-rasa, tetapi berdasarkan nombor yang boleh dikawal.

"Kalau tak boleh simpan, tak payah berangan buat bisnes."
Inilah modul paling penting bila masuk fasa krisis.
Ramai owner setiap bulan kerja kuat, sales masuk, tapi duit tetap tak nampak.
Kenapa?
Sebab costing tak jelas. Cash reserve tak wujud. Semua duit habis untuk tampung operasi semasa.
Akhirnya owner hidup dalam ketakutan. Satu bulan sales jatuh, impaknya terasa berbulan-bulan.
Dalam modul ini, kami akan bantu anda faham bagaimana nak:
• Kira costing dengan betul.
• Kesan kebocoran duit.
• Bina cash reserve.
• Panjangkan hayat bisnes walaupun market menekan.
Kerana dalam krisis, cash reserve adalah penyelamat yang besar untuk terus survive, sustain dan grow.

"Salah orang, hancur semuanya."
Dalam keadaan ekonomi mencabar, salah hire boleh jadi mahal. Sangat mahal.
Salah staf, kerja lambat.
Salah sales person, prospect burn.
Salah leader, seluruh team jadi lembik.
Sebab itu dalam krisis, owner perlukan team yang betul.
Dalam modul ini, kami akan tunjuk bagaimana nak:
• Hire dengan lebih tepat.
• Tapis orang sebelum bawa masuk.
• Bina self-leadership.
• Bentuk budaya kerja yang laju dan sihat.
• Pimpin team dengan lebih berkesan ketika tekanan tinggi.
Kerana team yang betul lahir daripada owner yang betul.

Hasbul Brothers, jenama yang dipercayai, komited membantu usahawan grow & sustain dalam pasaran secara exponential & long term growth.
Diasaskan oleh Tuan Hasbul 'Aqill & Tuan Hasbul 'Ariff, Hasbul Brothers bermula sebagai Majalah Niaga sebelum berkembang menjadi perunding bisnes sejak 2016.
Dari seminar kecil 200 peserta ke 5,000 peserta, dari beberapa anak didik ke 100,000+ usahawan melalui program The Protege, The Strategist, The Principal & The ICON.
Antara jenama yang pernah dibimbing: DAG, Hasnuri, Gadek Nursery, Candyta, Jovi, Chef Kecik, House of Al-Amar, Helena Beauty, Widaro, dan ramai lagi.
Kami terus maju, tanpa henti, demi kejayaan usahawan di Malaysia ini.
*khas untuk pemilik bisnes

Seminar 9X Growth ini adalah 100% Offline (secara fizikal) di dalam dewan seminar.
Tiada rakaman disediakan jadi kami sangat menggalakkan anda hadir ke seminar ini.
Tiada refund/carry forward bagi sebarang pembayaran seminar 9X Growth namun anda boleh gantikan dengan peserta lain. Sila WhatsApp Marketing Consultant kami untuk sebarang pertukaran peserta (selewat-lewatnya 24 jam sebelum seminar).
Ada bonus yang akan dapat ketika seminar seperti Workbook & Summary 9x growth. Bonus-bonus lain seperti E-Book akan diberikan selepas seminar.
Tiada makanan & penginapan disediakan sepanjang seminar berlangsung.
Bayi dan Kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan seminar kerana dikhuatiri boleh mengganggu konsentrasi dan perjalanan seminar.